Thursday 15 March 2012

"MANUSIA"

Apa makna kita seorang manusia? Apa beza manusia berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain?
Kenapa Tuhan lahirkan manusia di atas muka bumi ini? Manusia itu sedarkah apa maksud utama beliau berada di atas muka bumi ini? Saya rasa ramai manusia kabur dengan persoalan-persoalan ini. Jika manusia itu jelas, tidak mungkin punah ranah muka bumi dan segala isi perut bumi ini dikerjakan manusia.

Apa pun, Tuhan telah menegaskan bahawa manusia itu adalah sebaik-baik kejadianNya. Dalam kata lain manusia itu hebat. Manusia itu mampu lakukan apa saja berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain di atas muka bumi ini. Hebatnya kemampuan manusia itu boleh digambarkan seperti video berikut. Mari kita renungi sebentar vidoe ini sebelum kita sambung cerita manusia ini.

Kehebatan manusia ini dijadikan Tuhan kerana ini merupakan anugerah Tuhan dalam menyediakan semua manusia menjadi pemimpin di alam ini. Seperti kelebihan-kelebihan yang kita terima dalam hidup ini. kuasa, kekayaan, kesihatan dan sebagainya, semua ini merupakan satu 'responsibility' dan 'accountability'. Bukan kita terima benda ini secara percuma untuk memenuhi kehendak nafsu kita. Tetapi bagi membantu kita membawa kesejahteraan kepada alam ini.

Tuhan menekankan bahawa untuk membawa kesejahteraan kepada alam ini, manusia perlu jelas mengenai satu konsep. Semua manusia itu merupakan pemimpin. Tugas pemimpin ini hanya memberi makna bila mereka memahami bahawa pada masa yang sama manusia itu juga merupakan hamba kepada Tuhan.

Bila manusia itu jelas mengenai peranan mereka sebagai Pemimpin dan Hamba, ini pasti membawa kepada keseimbangan dalam tindak tanduk seseoang manusia itu. Bayangkan jika tidak wujud keseimbangan ini, pemimpin itu mudah lupa diri lalu menyebabkan hancur lebur keadaan muka bumi seperti yang mula kita nampak di waktu ini.

Itu sebab mengapa sebelum memikul 'responsibility' dan 'accountability' itu, penting sangat seseorang manusia itu mengenali diri masing-masing. Ini perkara pokok. Ramai manusia ilmunya tinggi mengenai perkara-perkara yang ada dalam alam ini tetapi pelik binti ajaib, mengapa mereka tidak mengenali satu perkara yang cukup yang sangat dekat dengan mereka iaitu diri mereka sendiri?

Semua perkara ini ada dikongsi dalam Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Satu modul pembangunan diri yang lain dari yang lain. Ianya asas, mudah dan praktikal. Bukan saya yang cakap tetapi mereka yang dah pernah hadiri modul ini. Ayuh tuan puan, usahakan diri mendapat menafaat dari ilmu-ilmu dalam ADB ini! Saya pasti tuan puan akan menyesal kerana tidak hadiri ADB ini lebih awal.

Renungan: Apakah sumbangan saya untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik (peranan saya sebagai pemimpin). Dalam menyusuri hajat ini, adakah saya sentiasa menghubungkannya dengan maksud akhir hidup ini iaitu mendapat keredhaanNya? (peranan saya sebagai hamba Tuhan).

PETIKAN DRPD ILUVISLAM

Sunday 11 March 2012

lelaki yang soleh

Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?
Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.
lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.
Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?
Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.
 Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,
Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.
 Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:
 “Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).
Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:
  • Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
  • Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan  sumpah palsu.
  • Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
  • Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
  • Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.
 Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri  suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh.  Namun percayalah,  lambat laun akan bermasalah jua.
  • Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
  • Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.
  • Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.
Rasulullah bersabda“ Sesempurna  keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )
“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )
Jadi  pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh :) 

p/s::cukup solehkah aq????..emmm,tiada jawapan...

Monday 27 February 2012

Adakah wanita itu jahat?

Antara Hadis dan Tafsiran Hadis
"Fitnah wanita."
Ramai yang mengingatkan kita tentangnya. Rasulullah SAW juga.

"Aku tidak tinggalkan fitnah yang lebih buruk selepas kewafatanku berbanding fitnah perempuan terhadap lelaki". (Riwayat Bukhari)

Tepat sekali peringatan ini kerana wanita sering kali menjadi 'sesuatu' yang paling disukai di dunia ini. Berhati-hatilah dengan 'kesukaan' itu. Ramai lelaki hebat tidak berdaya kerana wanita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sengaja ingin menggoda, memujuk rayu dan memperdaya sasarannya. Siaplah...
Peringatan ini bagus. Namun, tafsiran terhadap hadis di atas ini mestilah adil. Seadil Allah SWT dan Rasulullah SAW memuliakan martabat wanita. Jangan pula hadis ini dijadikan hujah untuk melemparkan segala kejahatan kepada wanita.

"Ni semua salah mak dia. Masa mengandung dulu..."
"Ni semua salah perempuan, sebab tu ramai lelaki jadi rosak..."
"Perempuan semuanya jahat..."

Masing-Masing Ada Keistimewaan dan Kekurangan
Hakikatnya, potensi untuk melakukan kebaikan dan kejahatan ada pada kedua-dua makhluk Allah, lelaki dan wanita. Wanita ada kelemahan. Lelakipun ada kelemahan. Wanita ada kelebihan. Lelakipun ada kelebihan.

"Maka Tuhan mereka menerima permohonan mereka ( dengan berfirman ) sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amalan orang-orang yang beramal dikalangan mereka  baik lelaki dan perempuan,kerana sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian yang lain." ( Aali-Imran : 195 ).

Luasnya Maksud Fitnah
Dr Yusuf al-Qaradhawi membela, "Berwaspada  terhadap fitnah sesuatu tidak bererti ianya jahat seluruhnya tetapi ianya bererti sesuatu itu mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas manusia yang dibimbangi akan memesongkannya  dari mengingati Allah dan hari akhirat."
Bukankah Allah SWT juga pernah memberi peringatan tentang fitnah harta dan anak-anak? Firman Allah Taala yang bermaksud ;

"Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta-harta kamu dan anak pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah,barangsiapa yang berbuat demikian merekalah orang-orang yang rugi." ( Munafiqun : 9 ):x

Mengikut tafsiran ayat ini, adakah ia bermaksud harta dan anak-anak itu semuanya jahat? Tiada kebaikan langsung daripadanya? Adakah Islam mengajar kita memusuhi harta sebagaimana golongan sami yang langsung tidak mengumpul harta? Adakah Islam mahu kita mencontohi golongan paderi yang tidak dibolehkan berkahwin dan mempunyai anak?
Tidak!

Fitnah Harta dan Anak-anak
Hal ini seterang mentari dijelaskan dalam al-Quran. Allah menunjukkan sikap yang adil (meletakkan sesuatu kena pada tempatnya) dalam menyingkap maksud sebenar yang Dia mahu kita fahami.
Tengok!

Di tempat yang lain, Allah SWT menyebut harta itu sebagai " kebaikan ". Allah juga menyebut anak pinak dan cucu-cucu sebagai nikmat yang dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki di kalangan hambaNya,
"Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dia mengurniakan anak lelaki kepada sesiapa yang Ia kehendaki." ( Syura : 49)
Malah, pengurniaan anak cucu kepada hamba-Nya, Allah sandingkan sama seperti hambaNya dikurniakan rezeki yang baik-baik.

Firman Allah SWT :
"Allah telah menjadikan dari diri-diri kamu  isteri-isteri, dan Allah menjadikan dari isteri-isteri kamu anak cucu, dan Allah telah mengurniakan kepada kamu rezeki yang baik-baik." ( Nahl : 72 )

 Bermakna anak-anak dan harta, asal kedua-duanya adalah baik. Ia jadi fitnah apabila kita tidak menguruskan dan mendidiknya dengan baik.
Firman Allah SWT:"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan bagimu,di sisi Allah pahala yang besar."(Taghabun: 15 ),

Dr Yusuf al-Qaradhawi berpesan: "Memberi peringatan tentang ujian perempuan sama saja dengan peringatan tentang ujian harta dan anak pinak. Ia sama sekali tidak bermaksud bahawa semua nikmat ini jahat dan buruk tetapi sebenarnya Allah ingin memberi peringatan supaya jangan terlalu tertambat hati kepadanya sehingga sampai menjadi fitnah dan menjauhkan hati dari mengingati Allah."
Berawaslah!

Terima-kasih buat Nabi yang memberi ingatan tentang fitnah wanita kepada kaum lelaki. Fitnahnya memang amat besar. Lantaran itulah lelaki mesti diberi peringatan terhadap bahaya ini, agar mereka tidak tersungkur dengannya.

Pesona luaran wanita memang memukau. Mampu menjadikan orang sasau. Ditambah lagi, sifat semulajadi manusia termasuklah lelaki suka bertindak secara gopoh gapah dalam menilai luaran.

Wanita yang kusayangi, pada zaman ini, kita mendapati ujian wanita sudah sampai ke tahap  zaman-zaman terdahulu dan khayalan generasinya. Disanjung, dipuja dan didewa-dewa padahal golongan pemusnah menjadikan wanita sebagai satu elemen untuk memusnahkan kemurnian-kemurnian dan artifak warisan dengan nama perkembangan dan kemajuan. Berawaslah!
Kembalilah Wanita Pada Kemulianmu

Pesan Dr. Yusuf al-Qaradhawi, "Menjadi tanggungjawab wanita Islam berwaspada terhadap komplot ini. Wanita Islam hendaklah sentiasa mengawal diri agar tidak dijadikan sebagai alat pemusnah oleh kuasa-kuasa besar yang memusuhi Islam."

Wanita Islam hendaklah kembali kepada zaman kegemilangan mereka yang mana mereka dianggap anak perempuan yang terdidik, isteri yang solehah, ibu yang mulia, insan terpilih yang berkhidmat untuk agama dan umat, Dengan demikian wanita mendapat dua kebaikan iaitu beruntung di dunia dan akhirat.

petikan:i luv islam

Thursday 16 February 2012

merindu......

Assalamualaikum......
just nk cerita tentang perasaan aq sekarang....ntahla,semenjak dua menjak ni aq rase mcm ad perubahan yg berlaku dlm hati aq....mngkin hidayah drpd_Nya yg wtkn aq jd mcm ni.....mlm ni aq termenung,rase sayu sngt hati ni tibe2....aq merindui untuk membaca kalam-Mu Ya Allah....sayu rase hati,sdey,kesal mcm2 yg aq rase....mngkin sbb aq leka ngan duniawi wtkn aq rase mcm tu....keinginan hendak berubah sering mendorong dri aq....InsyaAllah,moga2 ap yg berlaku pd dri ini akan terus menjadi titik tolak dlm hdup aq....selesai membacanya,tenang hati,damai....xtau nk gmbrkn mcm mane...damai yg xpernah aq rasekn timbul dlm jiwa ni.....pada-Mu Ya Allah,aq bersyukur kerana tlh mmbuka hati hambaMu ini....terima kasih Ya Allah....